Perjalanan ke Guangzhou

19 November 2015.

Hari ini berangkat ke Guangzhou untuk kali kedua.

Dulu pergi bersama-sama Desasiswa Restu. Kali ini pergi dengan PPKSP USM.

Protected: RANGKA KURSUS HKB 207 2015

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: RANGKA KURSUS HKP 214 2015

This content is password protected. To view it please enter your password below:

2014 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 10,000 times in 2014. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

MENONTON TEATER BAHAMAN DI UITM JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/dfb/13717216/files/2014/12/img_1614.jpg

Majlis Perpisahan Penolong-penolong Penggawa Desasiswa Restu

11 November 2014 – Di Restoran Pen Mutiara, Pulau Pinang

IMG_0035.JPG

IMG_0031.JPG

IMG_0033.JPG

IMG_0038.JPG

Tulisan tentang buku saya dalam Dewan Budaya

karya dalam dewan budaya

Buku saya Fiksyen Pascakolonial: Yang Menjajah dan Dijajah telah terbit pada tahun 2010. Namun pada hari ini, saya baru terbaca ulasan tentangnya yang ditulis oleh Rosnani A. Hamid (sama pula bapanya dengan bapa saya), yang diterbitkan melalui majalah Dewan Budaya pada bulan Januari 2012.

Buku ini sukar dicari. Sudah beberapa kali ke DBP, katanya tiada dalam kedai dan tiada senarai namanya pun dalam komputer. Hurmmm nasib!

Protected: HKB 207

This content is password protected. To view it please enter your password below:

PRU 13

Sudah lama sekali tidak menulis dalam blog ini. Banyak kali sahabat saya, Dr. Hasanah Abdul Khafidz bertanya, kenapa tidak menulis dalam blog lagi. Semasa bertemu pengarang Marsli NO dalam kursus Munsyi Dewan di Kuala Lumpur pun, beliau ada bertanya, kenapa sudah tak aktif menulis blog. Hari ini terasa ingin sekali menjenguk blog saya dan memberi reaksi tentang Pilihanraya Malaysia kali ke-13.

Alhamdulillah, PRU 13 telah berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu. Pilihanraya ke-13 ini cantik nombornya kerana diadakan pada tahun ke-13 juga (2013).

Walaupun pilihanraya telah berakhir, dengan kemenangan diperoleh oleh Barisan Nasional, namun kini lain pula jadinya. Ibarat rumah telah siap, tetapi pahat masih berbunyi, bermacam-macam perkara pula dipersoalkan oleh segelintir orang sekarang. Ramai yang tidak puas hati kerana parti atau calon pilihannya kalah. Ramai juga yang menjadi pakar statistik, mengira jumlah pengundi dan siapa yang seharusnya memerintah. Dalam kalangan mereka, tidak kurang pula yang mengira peratusan bangsa yang keluar pengundi. Lalu, laman sosial seperti facebook dan media massa seperti akhbar, televisyen dan radio tidak habis-habis memaparkan analisis masing-masing.

Yang membimbangkan adalah laman facebook, sebab tiada tapisan. Hal ini ditambah lagi dengan alat komunikasi seperti telefon bimbit yang pantas menyebarkan maklumat – malahan fitnah terhadap orang itu dan orang ini. Macam-macam cerita dan gambar yang diwujudkan. Masya-Allah! Tidak bolehkah kita menjadi orang baik-baik? Tidak bolehkah kita menerima takdir dengan redha hati? Tidak takutkah kita dengan janji Allah SWT bahawa mati itu pasti dan di alam barzakh lagi kita sudah akan didatangi oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir yang akan menyoal amal perbuatan kita?

Sepatutnya kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kita harus latih diri kita untuk menerima takdir dengan hati yang terbuka. Bukankah sebagai orang Islam, RUKUN IMAN telah mengajar kita supaya percaya akan Qada’ dan Qadar? Itu Rukun Imankan? Dalam Surah Yaasin: ayat 36, Allah SWT juga telah menyebut tentang كن فيكون – yakni, jika Allah SWT berkata “jadi, maka jadilah!”

Bahkan, Allah SWT  mengangkat seseorang itu sebagai pemimpin atas ketentuan-Nya. Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya Allah akan mengangkat kedudukan sekelompok orang dengan sebab Kitab (al-Quran) ini, dan akan merendahkan sebahagian yang lainnya kerana kitab ini juga” (hadis riwayat Muslim).
Muslim).

Jadi, cuba kita fikirkan dengan sehalus-halusnya – Jika kita mempersoalkan kekalahan, tidak berlapang dada menerima takdir, menyebarkan pelbagai tohmahan, mereka-reka cerita, menganjurkan hal-hal yang memungkinkan kebinasaan diri, bangsa, agama dan negara, maka siapakah yang kita persoalkan sebenarnya? Kita mempersoalkan Allah SWT kan?  Kita tidak puas hati terhadap Allah SWTkan? Itulah kata-kata seorang sahabat saya dari universiti jauh di utara Semenanjung – kerana katanya, bimbang kalau terlalu mengikut kata hati atau kalau terlalu mengikut perasaan – maka iman kita tergelincir! Jadi, marilah kita semua bermuhasabah diri dan berbaliklah kepada al-Quran dan as-Sunnah! Rasulullah s.a.w selalu mengajar kita supaya berbuat baik terhadap semua orang. Tentang ini,  Allah  Azza wa Jalla telah berfirman: “Segala sesuatu yang datang dari Rasul maka
ambillah, dan segala sesuatu yang dilarang olehnya, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr: ayat 7)

Tiada gunanya kata-mengata, tiada gunanya berdemontrasi, sebab segalanya adalah atas kehendak dan ketentuan-Nya. Janganlah kita membinasakan diri, agama, bangsa dan negara kerana ditakluk oleh kehendak dan perasaan sendiri. Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang yang berbuat kerosakan, seperti yang Allah SWT  sebutkan dalam firman-Nya, Surah ar-Rum: ayat 41 yang bermaksud:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia…”  Wallahuaalam!

2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 9,300 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 16 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Previous Older Entries

October 2016
M T W T F S S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Categories

Top Rated

Untuk ke "Facebook" saya, sila klik simbol "F" ini!

Pemilik Blog: Profesor Madya Dr. Rahimah binti Haji A. Hamid

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Darul Aman, tetapi sebahagian daripada alam persekolahan berlangsung di Bentong, Pahang Darul Makmur dan sebahagian lagi di Alor Setar, Kedah, Darul Aman. Pernah bekerja sebagai guru sekolah menengah di Alor Setar, dan kemudiannya di Bentong, Pahang. Selepas itu, bertugas pula di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sebagai Pegawai Perancang Bahasa, sebelum menjadi Pensyarah Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers