FRAGMEN CERPEN KETIKA AKU TERSEKSA

Ketika aku begitu terseksa dengan perbuatanmu, aku lihat kausaban hari tambah bahagia. Alangkah anehnya!
Ternyata kausuka menabur janji. Dan perempuan lurus seperti aku akan menjadi mangsa. Kau menggunakan media sosial untuk menayang-nayang kehebatanmu. Maka akan lebih ramailah yang tertipu dengan kepura-puraanmu. Tapi ingatlah Razin, doa orang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan.
Kau tahu kenapa aku terseksa???

Advertisements

Fragmen Cerpen Cinta Perempuan Bodoh

Berkali-kali aku mencubit pipiku. Sakit bukan main. Sedarlah aku bahawa aku bukan bermimpi. Sungguh, aku tidak menyangka, Razin akan tinggalkan aku. Aku sangka kasih sayangnya kental. Selama ini siang-malam, pagi-petang dia mengulang-ngulang kata, dia rindu akan aku. Dia hanya ada aku. Kalau tak dapat aku, dia bertekad akan membujang sampai mati. Allah! Allah! Hebatnya pernyataan cinta Rudy kepada aku. Justeru aku sukar percaya bahawa dia dengan mudahnya membuang aku. Kini aku terkontang-kanting dan aku hanya ada Tuhan.

PRU 13

Sudah lama sekali tidak menulis dalam blog ini. Banyak kali sahabat saya, Dr. Hasanah Abdul Khafidz bertanya, kenapa tidak menulis dalam blog lagi. Semasa bertemu pengarang Marsli NO dalam kursus Munsyi Dewan di Kuala Lumpur pun, beliau ada bertanya, kenapa sudah tak aktif menulis blog. Hari ini terasa ingin sekali menjenguk blog saya dan memberi reaksi tentang Pilihanraya Malaysia kali ke-13.

Alhamdulillah, PRU 13 telah berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu. Pilihanraya ke-13 ini cantik nombornya kerana diadakan pada tahun ke-13 juga (2013).

Walaupun pilihanraya telah berakhir, dengan kemenangan diperoleh oleh Barisan Nasional, namun kini lain pula jadinya. Ibarat rumah telah siap, tetapi pahat masih berbunyi, bermacam-macam perkara pula dipersoalkan oleh segelintir orang sekarang. Ramai yang tidak puas hati kerana parti atau calon pilihannya kalah. Ramai juga yang menjadi pakar statistik, mengira jumlah pengundi dan siapa yang seharusnya memerintah. Dalam kalangan mereka, tidak kurang pula yang mengira peratusan bangsa yang keluar pengundi. Lalu, laman sosial seperti facebook dan media massa seperti akhbar, televisyen dan radio tidak habis-habis memaparkan analisis masing-masing.

Yang membimbangkan adalah laman facebook, sebab tiada tapisan. Hal ini ditambah lagi dengan alat komunikasi seperti telefon bimbit yang pantas menyebarkan maklumat – malahan fitnah terhadap orang itu dan orang ini. Macam-macam cerita dan gambar yang diwujudkan. Masya-Allah! Tidak bolehkah kita menjadi orang baik-baik? Tidak bolehkah kita menerima takdir dengan redha hati? Tidak takutkah kita dengan janji Allah SWT bahawa mati itu pasti dan di alam barzakh lagi kita sudah akan didatangi oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir yang akan menyoal amal perbuatan kita?

Sepatutnya kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kita harus latih diri kita untuk menerima takdir dengan hati yang terbuka. Bukankah sebagai orang Islam, RUKUN IMAN telah mengajar kita supaya percaya akan Qada’ dan Qadar? Itu Rukun Imankan? Dalam Surah Yaasin: ayat 36, Allah SWT juga telah menyebut tentang كن فيكون – yakni, jika Allah SWT berkata “jadi, maka jadilah!”

Bahkan, Allah SWT  mengangkat seseorang itu sebagai pemimpin atas ketentuan-Nya. Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya Allah akan mengangkat kedudukan sekelompok orang dengan sebab Kitab (al-Quran) ini, dan akan merendahkan sebahagian yang lainnya kerana kitab ini juga” (hadis riwayat Muslim).
Muslim).

Jadi, cuba kita fikirkan dengan sehalus-halusnya – Jika kita mempersoalkan kekalahan, tidak berlapang dada menerima takdir, menyebarkan pelbagai tohmahan, mereka-reka cerita, menganjurkan hal-hal yang memungkinkan kebinasaan diri, bangsa, agama dan negara, maka siapakah yang kita persoalkan sebenarnya? Kita mempersoalkan Allah SWT kan?  Kita tidak puas hati terhadap Allah SWTkan? Itulah kata-kata seorang sahabat saya dari universiti jauh di utara Semenanjung – kerana katanya, bimbang kalau terlalu mengikut kata hati atau kalau terlalu mengikut perasaan – maka iman kita tergelincir! Jadi, marilah kita semua bermuhasabah diri dan berbaliklah kepada al-Quran dan as-Sunnah! Rasulullah s.a.w selalu mengajar kita supaya berbuat baik terhadap semua orang. Tentang ini,  Allah  Azza wa Jalla telah berfirman: “Segala sesuatu yang datang dari Rasul maka
ambillah, dan segala sesuatu yang dilarang olehnya, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr: ayat 7)

Tiada gunanya kata-mengata, tiada gunanya berdemontrasi, sebab segalanya adalah atas kehendak dan ketentuan-Nya. Janganlah kita membinasakan diri, agama, bangsa dan negara kerana ditakluk oleh kehendak dan perasaan sendiri. Janganlah kita tergolong dalam kalangan orang yang berbuat kerosakan, seperti yang Allah SWT  sebutkan dalam firman-Nya, Surah ar-Rum: ayat 41 yang bermaksud:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia…”  Wallahuaalam!

Ain dan Siti

Semalam, 25 November 2012, Ain (6 tahun) dan Siti (10 tahun)  berpindah dari  Lurah Bilut, Bentong untuk tinggal bersama-sama dengan saya di USM. Ikut serta bersama-sama mereka adalah adik ipar saya, Ros! Sayu hati saya melihat kanak-kanak anak yatim ini, yang kehilangan bapa mereka, Ahmad Zahir, iaitu adik saya sendiri. Mereka tiba pada pukul 3.00 pagi dengan diiringi lori yang membawa barang-barang peribadi milik mereka.

Saya mohon kepada Allah SWT agar dapat memelihara mereka, anak-anak yatim ini, dengan baik. Dalam kenangan saya menyusuri betapa banyaknya impian adik saya tentang anak-anaknya dan kehidupan yang bakal mereka teruskan di rumah asal kami di Lurah Bilut. Namun, kita semua hanyalah  manusia yang lemah dan   hanya mampu merancang sahaja. Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik!