Protected: RANGKA KURSUS HKB 207 2015

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Advertisements

EMPAT PERKARA YANG PERLU DIINGAT SETIAP HARI

Empat perkara yang perlu diingat dalam melalui kehidupan sehari-hari, iaitu:

(1) Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Memakai pakaian dari kain kapas

(2) Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu berasa cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan makanan yang masam rasanya

(3) Empat perkara menajamkan mata.
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

(4) Empat perkara merosakkan mata.
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

(5) Empat perkara menajamkan akal fikiran.
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

(6) Empat cara tidur sebagai perbandingan.

(a) Tidur para nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

(b) Tidur para ulama’ dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

(c) Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

(c) Tidur cara syaitan
Menelungkup/ meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sumber: Dari buku “Penyucian Jiwa”

Tips Menguruskan Badan Ikut Jenis Darah (Tanpa Menggunakan Ubat)

Dr. Adamo mencadangkan beberapa menu makanan  yang sesuai dimakan dan latihan olah tubuh yang sesuai untuk menguruskan badan. Antaranya:

(1) Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

(2) Ciri khasgolongan  darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Tips Diet Ikut Jenis Darah Bagi Kurus Langsing Cantik : DARAH JENIS B

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Tips Diet Ikut Jenis Darah Bagi Kurus Langsing Cantik : DARAH JENIS AB

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Sumber: Informasi ini dikutip daripada http://tipskurusbadan.blogspot.com

PESANAN NABI MUHAMMAD SAW

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa ada lima (5) perkara yang perlu diberi perhatian kerana boleh membawa kepada kesempurnaan iman, iaitu:

(1) Jauhkanlah diri dari segala perbuatan maksiat, nescaya kamu akan mendapat kelazatan dalam mengerjakan ibadat.

(2) Bersyukurlah dengan apa jua pemberian Ilahi atau apa jua yang ditakdirkan Ilahi ke atas kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang paling kaya (syukur nikmat).

(3) Lakukan sesuatu perkara baik kepada orang lain seperti yang kamu suka perkara itu dilakukan kepada kamu, nescaya kamu akan menjadi seorang Islam yang baik.

(4) Berbuat baiklah kepada jiran tertangga kamu, nescaya kamu akan memperoleh iman yang sebenar-benarnya.

(5) Janganlah kamu bergelak ketawa secara berlebihan kerana kalau demikian, necaya hati kamu akan menjadi gelap atau mati.

(Diriwayatkan, Rsulullah SAW tidak pernah ketawa hingga mengeluarkan suara).

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA

Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Namun kenapa kita tidak tahu? Sebabnya, salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ’Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.  Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini:
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil uji kaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser: Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan terapi kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahu, tetapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah: Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!   Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini: kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan: sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan reumatik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir di sini. Kenapa? Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semula jadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Akan tetapi, usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semula jadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada uji kaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.  Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.  Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.Kisah lengkap tentang Graviola, di mana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi bagi menolong mereka yang diuji Allah SWT dengan penyakit ini.
Maklumat daripada SusuDotMy