Vitamin Minda Adi-Q: Cubalah….

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima  kasih kerana  sudi singgah ke blog saya ini. Sayai ngin berkongsi satu  cerita yang sangat menarik perhatian saya. Memandangkan tahun 2008 akan  berakhir, maka saya sifatkan cerita ini antara yang menarik dalam diari  tahun 2008 saya. Saya mulakan  dulu dengan cerita Adi Putra, kanak-kanak genius yang begitu  dibanggakan.  Apabila media hangat menyiarkan berita Adi menjadi pelajar  di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dalam bidang matematik, iaitu  bidang yang mengangkatnya sehingga digelar kanak-kanak genius, rakyat  Malaysia bangkit memberi pandangan positif dan negatif. Ada juga yang  mempertikaikan kepintaran Adi.  Saya juga turut  berfikir wujudkah  kesebatian dalam diri Adi terhadap mata pelajaran lain sekiranya hanya  subjek Matematik yang diberi perhatian oleh pelbagai pihak untuk  dirinya. Maklumlah, kita ini manusia yang suka sangat nak fikir pasal  orang. Namun, kita sebenarnya perlu senantiasa berfikir dan memberi  pandangan untuk mewujudkan suatu organisasi sosial yang baik.
Kerika  rakyat Malaysia heboh-heboh  perihal Adi Putra, saya pula tertarik  dengan satu kisah benar tentang Adi Putra. Kisahnya begini . Suatu hari  saya pergi ke rumah bapa saudara saya bersama anak perempuan saya. Nak  dijadikan cerita, anak perempuan saya ini kalau dengar sahaja cerita  tentang Adi Putra, hatinya terbakar. Katanya, “Adi ni kecil lagi, mana  boleh masuk Universiti. Kesian dia kerana tidak dapat melalui kehidupan  zaman kanak-kanaknya seperti Sophia yang dihantar kerajaan Malaysia ke  University Oxford itu. Apa jadi kepada Sophia akhirnya?”
Namun,  ketika  sampai sahaja di rumah bapa saudara saya, sepupu saya Asmahan,  bercerita  kepada saya kisah anak keduanya Aiman. Sekarang Aiman  dalam Darjah 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Sejak dari Darjah 1 hingga Darjah 5, Aiman belajar dalam kelas paling  belakang [ikut gred kelas] dan akan mendapat nombor antara enam orang  yang paling terkebelakang.
Suatu  hari, Aiman mengajak emaknya [sepupu saya ini], ke Sekolah Menengah  Kebangsaan Seri, Balik Pulau, Pulau Pinang kerana Adi Putra [8 tahun],  kanak-kanak pintar Malaysia akan datang ke sekolah tersebut yang telah  dipilihnya untuk dijadikan sekolah angkat pertamanya bagi mengembangkan  formula matematik ciptaannya. Asmahan pergi bersama anaknya itu dan di  situ dia menyaksikan sendiri kehebatan dan kepintaranAdi Putra. Di situ  juga dia melihat di sebuah meja, ada orang menjual makanan tambahan  formula Adi Putra sendiri. Harganya RM36.00 ringgit untuk satu kotak  berisi dua botol makanan tambahan tersebut [dalam bentuk pil  sebenarnya].S atu botol untuk otak kanan [HOKA] dan satu botol untuk  otak kiri [HOKI]. Lihat gambar kotak makanan tambahan ini di bawah.
Dipendekkan  cerita, Asmahan tidak membawa wang ketika itu kerana dia ke tempat itu  hanya bertujuan menghantar Aiman yang teringin sangat hendak menyaksikan  keupayaan luar biasa Adi Putra. Namun, dia terpengaruh juga dengan  makanan tambahan yang diperagakan itu [kerana Adi Putra pandai sangat],  lantas mengambil  nombor telefon sipenjualnya.
Sebulan  kemudian,anak sulungnya yang cemerlang dalam pelajaran dan sedang  belajar dalam Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh di Putrajaya  pulang. Anak sulungnya ini sering mengadu letih sebab kelas tambahan  yang dianjurkan oleh sekolahnya terlalu padat kerana dia bakal menduduki  peperiksaan PMR. Dia minta emaknya membelikan apa-apa supplement untuk  otaknya. Mungkin sebab kasih akan anaknya yang pintar ini, Asmahan  teringat akan nombor telefon sipenjual makanantambahan yang  diformulasikan oleh Adi Putra itu.
Dipendekkan  cerita, Asmahan pun membeli makanan tambahan tersebut. Selepas sebulan  memberia nak-anaknya [5 orang lelaki semuanya – macam Hang Tuah 5  bersaudara] makan, Aiman yang dulunya ketinggalan dalam pelajaran,  menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dan meraih keputusan  yang mengejutkan guru-gurunya. Dia kini menjadi antara lima pelajar  terbaik Darjah 6 di sekolahnya. Adiknya pula yang baru berusia 5 tahun,  sudah boleh membaca dan menghafal sifir.
Justeru  mendengar cerita Asmahan dan menguji kebolehan anak-anaknya itu  sedikit-sebanyak, saya membelilah sekotak makanan tambahan tersebut  untuk anak saya [orang dewasa pun boleh makan. Anak saya menunjukkan  signal tidak puas hati] yang selalu migrain. Sepanjang perjalanan  pulang, letih jugalah mendengar anak saya mengomel kerana katanya  kepandaian seseorang  itu bergantung kepada kerajinan, dan migrain itu  boleh diubati dengan ubat doktor. Namun, saya diamkan saja dan menyuruh  anak saya mencuba. Alhamdulillah, migrainnya cepat pulih dan kini  jarang-jarang menyerang. Saya juga mencubanya untuk menguji kebenaran  cerita Asmahan. Saya rasa lebih fokus. Mungkin inilah sebabnya  kanak-kanak itu menjadi lebih baik prestasi akademiknya. Kalau nak tahu  lebih lanjut tentang makanan tambahan ini, bolehlah layari sendiri laman  web AdiPutra di http://adigenius.com/. Banyak maklumat lanjut yang boleh dibaca daripada laman web ini.
Kalau  mahu membeli makanan tambahan ini, sebab harganya berpatutan dan boleh  dicuba / diuji dahulu kebenarannya, bolehlah pesan dari saya sebab  Asmahan meninggalkan banyak juga makanan tambahan ini di tempat saya.  Asmahan kini menjadi dealernya kerana yakin dengan makanan  tambahan formulasi Adi Putra ini yang  telah mengubah pencapaian  akademik anak-anaknya [atas izin Allah jua], dan kerana mahu membelinya  dengan harga yang lebih murah.
Saya  bukan penjual atau pengiklan. Akan tetapi sekadar mahu berkongsi  pandangan  akan kebaikan daripada cerita ini dengan  sesiapa sahaja   yang mungkin mahu mencubanya pula untuk diri sendiri, atau untuk anak  masing-masing. Insyaallah, tiada ruginya mencuba. Saya catatkan semua  nama dan kisah benar mereka, kerana Asmahan bersedia untuk menceritakan  pengalamannya bersama-sama dengan Adi Putra sendiri, jika dijemput.
[Ini adalah catatan lama semasa mula-mula belajar mencipta blog dahulu… Sengaja disimpan sebagai kenangan tentang rentetan catatan dalam blog]

6 Comments

  1. Assalamualaikum puan
    dulu saya ada mengambil produk ini dan Alhamdulillah sudah sampai ke menara gading. Sekarang susah untuk saya mendapatkn produk ini untuk adik2 yg sedang membesar. bagaimanakah saya ingin membeli produk original ini melalui online?website yg puan beri tidak dapat dicapai. saya benar2 mencari produk ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s