SENIKAH MENCONTENG?

Dinding van turut diconteng
dinding kaca berbalut kanvas
Dinding kampus berbalut kanvas
Bangunan yang baru siap
Dinding Bangunan Kampus Bockenheimer
Kampus Bockenheimer

Graffiti di tembok jalan Miquallallee
Dinding tempok perumahan Jalan Zippalenallee
Sering kita lihat, tembok-tembok di tepi jalan, dinding jejantas, pengadang laluan kereta api, terowong dan pelbagai lagi diconteng oleh mudi-mudi dengan anggapan contengan itu sebagai suatu seni yang dipanggil graffiti. Kalau benar graffiti suatu seni, maka wajarlah seni ini dipanggil sebagai “seni pemberontakan”.
Hal ini demikian kerana graffiti pada dasarnya dilakukan oleh segelintir muda-mudi yang tertekan, lantas memberontak kerana ingin menonjolkan keupayaan mereka untuk  melakukan  apa sahaja secara bebas. Melalui gerak tangan yang  bebas gerakannya sewaktu menyemburkan cat ketika melakukan graffiti, segelintir remaja semacam dapat membebaskan pelbagai tekanan yang bersarang di dalam  jiwanya. Mainan warna graffiti membayangkan dunia gelap, kemarahan, penindasan, sakit hati, kecewa dan lain-lain perasaan negatif yang bergomol di dalam diri seseorang remaja yang melakukannya.
Di Kota Frankfurt, beberapa tempat menjadi tercemar keindahannya kerana seni contengan ini. Bahkan, kawasan kampus Bockenheimer Warte, turut tercemar kecantikannya kerana wujudnya segelintir remaja kecewa dan tertekan yang mahu menampilkan perasaan melalui tindakan menconteng ini.
Beberapa keping gambar bangunan kampus Kampus Bockenheimer, sebuah bangunan yang baru siap dibina dan sebuah van yang diconteng dengan cat pelbagai warna yang disebut seni grafiti ini menunjukkan tahap masalah sosial yang ditanggung remaja. Akibatnya, dinding kaca yang menjadi tempat pusat kegiatan pelajar universiti terpaksa dibalut dengan sejenis kanvas bagi mengelakkan perlakuan menconteng ini. Walau bagaimanapun, kanvas itu pula yang menjadi tempat mereka menumpahkan rasa tertekan mereka yang diolah melalui pelbagai bentuk  dan warna cat. Lumrahnya, kejadian seumpama ini akan berlaku ketika malam minggu, malam sambutan tahun baru atau cuti hari buruh pada setiap 1 Mei saban tahun. Kejadian yang serupa turut berlaku di Kota London, United Kingdom, hinggakan pada setiap kali sambutan atau cuti hari buruh, semua pusat perniagaan, misalnya di Oxford Street akan dibalut dengan plywood.
(Catatan 3 Januari 2011)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s