PUISI “RASA HATI”

RASA HATI

“… dan  orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada  jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan  mendapat) siksaan yang pedih; yakni pada hari dipanaskan-Nya  emas dan  perak itu di dalam neraka jahanam, lalu dibakar-Nya dahi mereka,  pinggang mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘inilah harta benda kamu  yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri; maka rasakanlah sekarang  akibat daripada apa yang kamu perbuat’” (Surah at-Taubah: ayat 34)
Tuhanku
bernafas di ruang uji-Mu
          tidak pernah aku puas
          kecewa dan keluh-kesah
          bertali di urat nadi
sedang aku tahu
Muhammad Rasulullah
pemilik sebuah jazirah
          menggadai baju besinya
          demi segenggam gandum
          menebus lapar diri dan keluarga.
Begitu Umar al-Khattab
penguasa tanah Arab
          zuhud di gurun pijar
          pasir tilam empuknya
          daun-daun tamar kelambu suteranya.
Sedang Abu Dzar al-Ghifari
muttabi kesayangan nabi
          terbuang di tanah Rabadzah
          hanya kerana percaya
          afzalnya manusia kerana taqwa
          harta itu daki
          hidup satu persinggahan.
Titik-titik hujan gugur, membasah ruang hati
aaahh…, betapa kecilnya diri!.
Rahimah Haji A. Hamid
Dewan Sastera, September, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s