PERISTIWA MENCARI ASIAN MARKET

Hari ini, Sabtu, 21 Ogos, dah 11 hari kita berpuasa.Johann Wolfgang Universitat buka dari jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 sahaja. Letih menulis esei, hampir sepagi menatap facebook Zaadah, Zue Nomey, Firdaus, Mohd. Khairul Anuar dan kongsi banyak video mereka. Kelakar ada, sedih pun ada. Apa nak buat lagi??? Ah, belajar pergi bandarlah, cari Asian Market. Hmmm..pergi ke Urban Station, baca punya baca punya baca punya baca apa yang tertulis kat mesin tiket, satu pun tak faham [Germany Language]. Jadi, minta tolong kat dua gadis Germany yang tiba-tiba melintas, supaya diajar cara membeli tiket. Mereka tak faham Inggeris, saya tak faham Germany, jadi main bahasa isyarat sajalah. Tunjuklah tempat nak pergi, pakai agak saja sebenarnya. Masukkan duit, mereka tekan, kena bayar Euro 1.40. Alah..murahlah, terdetik dalam hati saya. Setelah naik komuter [jauh dalam tanah, tak nampak apa-apa sebenarnya], turun di  stesyen Urban kedua. Tuhan kesian kat hamba-Nya yang berpuasa ini rupa-rupanya, jumpa betul Asian Market. Punyalah besar!

Iklan Asia Market
Paling seronok, jumpa sardin dan ikan kembung frozen. Ya Allah, seronoknya macam jumpa emas. Jadi, belilah macam-macam – nak makan besarlah setelah 3 minggu makan pelik-pelik. Sudah tu, balik semula ke Urban Station. Dah hafal tadi jalan nak balik ke stesyen Urban itu sebenarnya. Hmm, komuter belum sampai lagi. Jadi, ambillah masa untuk baca iklan-iklan berbahasa Inggeris kat papan kenyataan di stesyen. Tiba-tiba…ya Allah, untuk sampai ke stesyen itu rupa-rupanya kena bayar tambang Euro 7.50! Dicatatkan juga, siapa yang tertangkap, kena denda Euro 40.00. Ya Allah, punyalah ketar!!! Panjanglah doa dalam hati .. Ya Allah, izinkan hamba-Mu ini balik ke rumah tanpa tertangkap. Bukan tak mahu bayar tambang yang betul, tapi gadis Mat Salih tu yang salah belikan tiket. Allah kasihan dan tahu akan kelurusan hamba-Nya ini gamaknya, maka sampailah ke rumah dengan selamat. Fuhhh..lega! Dan petang ini, buat pertama kalinya, dapat berbuka puasa dengan sungguh enak – sambal sardin,
Sardin – Halalan Toiyiban!
goreng ikan dan sayur kacang bendi, makan  dengan nasi beras perang. Sedapnya…. Syukur, alhamdulillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s