LAWATAN KE BAUNFEL’S CASTLE

Braunfels Castle merupakan sebuah istana lama yang dibina di atas puncak gunung  berhampiran Sungai Lahn, pada abad pertengahan.  Ketika bas mula tiba di kaki gunung, hanya ucapan “Subhanallah” yang dapat diujarkan apabila melihat nun di kejauhan  di atas puncak  gunung, sebuah istana megah terdiri seolah-olah di atas pucuk-pucuk-pucuk pohonan yang menghijau.

Hati mula terfikir akan kebesaran Ilahi kerana memberi akal yang bijaksana kepada manusia hingga mampu membina istana kota sehebat ini pada kurun pertengahan itu.Untuk memasuki kawasan Istana Braunfels, pelawat perlu melalui suatu jalan dengan tembok tinggi di kiri dan kanan jalan. Pada dinding tembok, terdapat lubang-lubang kecil yang dibuat bagi membolehkan para pengawal yang menjaga istana tersebut mengintip musuh atau sesiapa sahaja yang mahu masuk ke kawasan istana. Lubang-lubang itu di buat besar dari sebelah dalam tembok, tetapi menirus ke sebelah luar, lantas menghalang pandangan  orang di luar tembok untuk melihat apa yang wujud di sebelah  dalam tembok.
  Raja Braunfels, iaitu Albrecht of Solms-Braunfels mempunyai seorang puteri jelita bernama Amalie. Namun puterinya ini tidak dipelihara di istana yang hebat ini, sebaliknya di suatu tempat lain bernama Heidelberg. Walaupun begitu, dari semasa ke semasa, Amelia akan datang ke Braunfels untuk menziarahi ayah bondanya.
Sama seperti kisah roman dahulu kala, maka Amalie yang jelita ini telah dikahwinkan oleh bapanya dengan seorang putera raja bernama Friedrich of Oranien. Perkahwinan tersebut memberikannya dua orang puteri. Puterinya yang bernama Henriette dkahwinkan dengan Elector of Prussia, manakala seorang lagi  dikahwinkan dengan “Old Dessauer”. Dari kedua orang puterinya inilah wujudnya jurai keturunannya sebagai pemerintah di England dan Belanda. King William III England merupakan cucu kepada Amalie of Oranien ini.
Lantaran kewujudan istana kota ini, maka di sekelilingnya telah didirikan rumah para petugas istana. Akhirnya tempat ini telah berkembang menjadi sebuah pekan tradisonal yang sungguh indah di puncak gunung yang dialiri oleh sebatang sungai. Gambar-gambar berikut mengungkapkan keelokan tempat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s