e-KAMUS: PROFESIONAL EDITION

Kebelakangan ini, sedih betul apabila membaca tugasan pelajar. Banyak sangat kesalahan ejaan yang dilakukan. Itu belum lagi kesalahan binaan ayat. Kita jadi seperti ini sebab apabila kita lahir, bahasa ini sudah pun hidup dalam lingkungan kehidupan kita. Justeru kita kurang kesedaran untuk menyintai dan memartabatkannya. Lantaran itu, bukan sesuatu yang pelik apabila kita mendapat surat rasmi yang salah tatabahasanya atau kertas kerja yang tunggang-langgang ayatnya, selain daripada kesalahan ejaan yang wujud di sana-sini.

Ahli akademik, pengarang dan pelajar sering menulis. Jadi, saya cadangkan supaya menggunakan perisian e-Kamus. Saya bukan seorang peniaga, tetapi pengguna e-Kamus. Justeru banyak kebaikannya selama saya menggunakannya, saya telah meminta Encik Zahari Dollah yang membangunkan perisian e-Kamus supaya meletakkan stok e-Kamus ini di bilik pejabat saya. Tujuannya supaya saya dapat mencadangkan kepada pelajar supaya menggunakan perisian ini supaya dapat menghasilkan tugasan yang minimum sekali kesalahan bahasanya. Hal ini demikian kerana e-Kamus mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu, di samping menghimpunkan 18 buah kamus buku terkini seperti  Kamus Melayu-Inggeris; Kamus Inggeris-Melayu; Inggeris-Inggeris; Melayu Arab; Melayu-Mandarin; Melayu-Melayu; Kamus Istilah Matematik; Istilah Sains; Istilah Komputer; Istilah Kejuruteraan; Dictionary of Medicine dan pelbagai lagi. Kalau kita membeli sebuah kamus, biasanya harganya sekitar  RM40 ringgit sebuah. Namun e-Kamus yang di jual di luar kampus dengan harga RM250, hanya  dijual  dengan harga RM80 untuk pelajar di dalam kampus.
Sebenarnya, yang penting bukan harganya.  Kegunaannya lebih utama. Hal ini demikian kerana apabila kita melakukan kesalahan ejaan, maka ejaan yang salah itu akan digaris merah. Kita ditawarkan pula pilihan ejaan yang betul dan dengan hanya melakukan klik sekali ganda/”double click”, ejaan yang betul akan menggantikan tempat ejaan yang salah. Senang bukan?
Lantaran itulah saya menyimpan stok perisian ini supaya saya dapat mencadangkan kepada pelajar yang berminat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti supaya menggunakannya. Satu perkara lagi, pelajar juga dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan menggunakan e-Kamus ini. Mereka boleh membaca akhbar, wikipedia atau lain-lain sumber internet dalam bahasa Inggeris dan jika mereka tidak faham sesuatu perkataan, dengan hanya dua kali klik, maka makna perkataan yang dikehendaki akan terbentang di hadapan mata. Jadi, kita  tidak perlu lagi membuang masa menyelak helai demi helai lembaran kamus untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan.
Belilah perisian yang baik untuk menghasilkan kerja yang baik!  Cubalah… Tidak rugi bukan?
Berminat nak beli? Hubungi drrahimah@yahoo.com Saya boleh tolong poskan atau boleh dapatkan daripada saya kerana penerbitnya tinggalkan banyak pada saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s