BUNGA DI KOTA FRANKFURT

Ada dua perkara yang mengecewakan tentang kisah bunga di Kota Frankfurt yang mahu ditulis ini. Pertama:

(1) Semua bahan travelog yang dipindahkan dari laman web lama di wordpress, gambarnya hilang, termasuklah gambar bunga-bunga yang cantik yang dirakam sepanjang berada di kota indah yang didiami selama hampir setahun ini.
(2) Lebih mengecewakan lagi apabila external hard disk yang berisi semua gambar untuk semua travelog ke pelbagai negara telah terkena virus dan tidak dapat dibuka lagi. Alangkah sedihnya! Setiap bunga yang dirakamkan lensa kamera dalam setiap musim, hilang begitu sahaja…
Jadi, di bawah, dipaparkan beberapa jenis bunga sahaja yang dapat diselamatkan kerana disimpan di dalam pen drive.
Bunga raya ungu di perkarangan Goethe-University of Frankfurt.
Bunga raya berwarna ungu ini kembang ketika musim panas di Kota Frankfurt. Satu jenis lagi bunga ungu yang cantik adalah bunga rumput yang tumbuh meliar di sepanjang jalan. Saya rakamkan gambar bunga ini tatkala saya berjalan pulang pergi ke kampus di Bockenheimer Warte.
Bunga ungu ini sungguh cantik kelopaknya.
Sungguh indah sekali pemandangan bebunga rona ungu yang terbit dari permukaan bumi ini ketika musim dingin berakhir.
Bunga kuning dalam gambar di bawah ini terbit daripada sejenis pokok renek yang tumbuh meliar dengan banyaknya di celah-celah batuan, tar, ataupun bahu jalan. Sungguh menarik! Subhanallah!  Benar-benar ciptaan Allah SWT yang begitu mempersonakan!
Gambar di bawah memperlihatkan sejenis spesis bunga rumput berwarna putih yang berkembangan dengan banyaknya, juga selepas berakhirnya musim dingin di kota ini.
Gambar di bawah pula memaparkan bebunga ceri merah jambu yang berkembangan di perkarangan Goethe-University of Frankfurt di Bockenheimer Warte. Pada musim bunga,  pemandangan bunga ceri yang kembang mekar  boleh dilihat pada hampir semua rumah dan jalan-jalan di kota ini.
Sesungguhnya, memang luar bisa ciptaan  Ilahi yang boleh dilihat melalui ciptaan pelbagai bunga musim panas dan musim bunga yang kembang mekar di kota raya Franfurt ini.   Bunga-bunga spesis rumput pelbagai   warna seperti kuning, putih  dan ungu itulah yang paling menakjubkan kerana asal ada sahaja ada tanah di celah-celah batuan, tar atau bahu jalan, maka akan terbitlah bunga yang  menunjang dengan cantiknya. Inilah sebahagian daripada tanda kekayaan dan kebesaran Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang mahu memikirkannya.

3 Comments

  1. Assalamualaikum Dr Rahimah. Saya perkenalkan diri dahulu, saya Mastura pelajar/calon Phd di Universiti Malaya. Saya terbaca travelog Dr tentang pengalaman Dr di sana selama menjadi pensyarah felo. Tahniah…
    Baru-baru ini saya telah mendapat tawaran untuk terlibat dalam program pendedahan di Goethe-University of Frankfurt di bawah seliaan Prof Arndt Graf dan Dr Amanda. Tujuan saya adalah untuk bertanya samada Dr boleh beri pendapat dan nasihat untuk saya berada di sana. Saya rancang untuk mulakan perjalanan pada awal April 2013. Tapi masih mencari-cari tempat tinggal yang sesuai. Dr tinggal di Guesthouse universiti ke? Boleh saya tahu kos penginapannya dan bagaimana urusan pembayarannya?
    Saya harap DR dapat membantu. Terima kasih.

    mastura ishak
    toramir711@yahoo.com
    (019-3593997)

    • Waalaikumussalam Saudari Mastura Ishak.

      Tahniah kerana akan mendapat pendedahan akademik di sana. Bagus sekali! Insya-Allah, di sana nanti, Prof Arndt dan isterinya, Dr. Amanda yang baik, akan membantu saudari.
      Saya tinggal di Guest House, University of Frankfurt. Dekat sekali dengan kampus. Berjalan kaki sahaja, jadi, jimatlah belanjanya. Bayaran sebulan, 500 Euro. Tinggal di Guest House, seperti tinggal di hotel kerana cadar dan sarung bantal akan diganti, tetapi seminggu sekalilah. Bilik gaya studio, jadi boleh memasak sendiri. Mesin basuh dan mesin pengering disediakan percuma.

      Insya-Allah, saudari akan gembira di sana. Apa-apa yang nak tahu lagi, tanyalah. Kalau saya boleh bantu, saya akan bantu. Selamat belajar dan semoga sukses selalu. Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s