BELAJAR MEMUATKAN LAGU DARI 4 SHARED

Semasa saya datang ke Frankfurt beberapa bulan lalu, adik saya Noor Hanita, pensyarah Arkitektur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menghantar saya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Dia bertanya saya, tak bawa apa-apa cakera liut lagu-lagu ke untuk menghiburkan hati  jika kesunyian di negara orang. Saya jawab, tidak. Adik saya berkata, dia selalu buka lagu kuat-kuat dalam kereta kalau bosan apabila terlekat dalam kesesakan jalan raya semasa pulang  pergi ke UIAM setiap hari dari rumahnya di Cheras. Apabila berada di Frankfurt, memang benar terasa sunyi kerana tidak dapat mendengar orang bertutur dalam Bahasa Melayu.

Televisyen Germany mempunyai 36 saluran. Namun, cuma saluran 31, CNN, yang berbahasa Inggeris. Saluran 18 adalah saluran berita  tempatan Germany, tetapi  berkongsi dengan BBC. Jadi, kadang-kadang saluran ini menggunakan bahasa German dan kadang-kadang pula menggunakan  bahasa Inggeris. Lain-lain saluran, semuanya menggunakan bahasa German dengan filem-filem dari Amerika Syarikat, United Kingdom ataupun drama China di saluran 35 dialihbahasakan.  Keadaan ini samalah seperti di Indonesia sebelum era reformasi, apabila semua drama atau filem import dialihbahasakan ke Bahasa Indonesia. Malah, keadaan ini sama seperti di Thailand kerana semua bahan media elektronik yang diimport dialihbahasakan ke Bahasa Thai. Pada dasarnya, kaedah ini cukup bagus dalam usaha mendaulatkan bahasa sendiri. Bahkan, boleh menawarkan banyak peluang pekerjaan di bidang penterjemahan dan lakonan alih suara kepada rakyat di negara berkenaan. Cuma, bagi orang luar yang tidak faham akan bahasa rasmi sesebuah negara itu, akan jadi kebingungan apabila drama atau filem dari Amerika Syarikat umpamanya  tidak menggunakan Bahasa Inggeris. Justeru, tidak hairanlah kalau kawan saya Nawwal, pensyarah Teknologi Kreatif dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang tinggal bersama saya dua minggu di Rumah Tetamu Goethe – Unibersity of Frankfurt ini selalu menonton filem-filem baru dan menarik yang ditayangkan di beberapa saluran, tanpa suara. Saya ingin ketawa, tapi saya pun suka berbuat macam itu juga kerana daripada lifebook Fujitsu saya, saya suka mendengar bacaan Surah al-Quran daripada cakera liut kiriman puteri kesayangan saya, Suryati. Saya juga suka mendengar ceramah agama daripada Youtube, terutamanya yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Asri Zainal Abidin (sahabat satu pusat pengajian dengan saya di USM); ceramah Ustaz Kazim (menarik dalam loghat Utara dan Peraknya); ceramah Ustaz Azhar (menarik untuk memahami hukum-hakam, tetapi loghat Terengganunya amat pekat); dan juga ceramah Ustaz Ismail Kamus. Namun, sebagai  insan biasa, saya juga sesekali gemar mendengar lagu. Kalau di Malaysia, siaran radio dalam kereta saya adalah Klasik Nasional. Putera kesayangan saya, Mohd. Ashraf Mustaqim (@Chenta Bhuta), selalu menyatakan saya ini old school apabila dia naik kereta dengan saya. Kalau kami pergi jauh,  misalnya dari Pulau Pinang mahu pulang ke Bentung, Pahang, maka riuhlah di dalam kereta kerana Ashraf mahu mendengar lagu Inggeris, sedangkan anak perempuan saya, Syahidatul Munirah, sama seperti saya, suka akan lagu-lagu tradisional. Jadi, untuk menghilangkan rasa sunyi, saya belajar upload lagu dari Youtube. Akan tetapi,  video klip Youtube lebih sesuai dimasukkan ke dalam facebook. Sekali dengar, habis! Apabila hendak mendengar lagi, kena ulang memainkan lagu itu.  Sahabat saya semasa bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Kudin (SMTK), Raub,  Cikgu Suhaimi Saad yang mengajar  di Sekolah Menengah Karak mengajar saya cara  memuat turun lagu menggunakan 4 Shared.  Mula-mula, memang tidak berjaya sebab belajar dari jarak jauh. Anak murid di Kota Frankfurt, Germany. Guru di Karak, Malaysia. Namun, apabila diulang ajar dan dipraktikkan, berjaya juga! Mula-mula, Cikgu Suhaimi mengirim lagu Anne Murray, “You Needed Me” dan lagu  Broery Marantika, “Pamit”. Kebetulan, saya cukup suka akan lagu “Pamit”  itu. Alangkah seronoknya apabila muat turun melalui 4 Shareditu membolehkan kita mengulang dengar sesebuah lagu sampai jemu tanpa perlu menyentuh tetikus atau papan kekunci komputer lagi.

Sejak itu, selalulah saya melakukan praktikal muat turun lagu. Apatah lagi apabila Nawwal,  kawan saya itu  yang memanggil  seseorang   dengan panggilan Mr. Smart dan Mr. Skema selalu mengirim pelbagai lagu.  Saya sendiri boleh mendengar berulang-ulang kali suara lunak   penyanyi kegemaran saya, Dato’ Sharifah Aini. Di bawah ini, saya muatkan lagu-lagu yang dikirimkan kepada saya dan juga lagu yang saya suka dengar. Antaranya:  03_-_Anne_Murray_-_You_Needed_Me ARIS_ARIWATAN_-_PERMAIDANI (Melayu_Deli)_-_Bunga_Melur_-Sharifah_Aini_ (Melayu_Deli)_Seri_Mersing_-_Sharifah_Aini_(HQ_Audio) 60an_Jeffrydin_-_Seruling_Anak_Gembala Ahmad_Jais_&_Rafeah_Buang_-_Selasih_Ku_Sayang ARIS_ARIWATAN_CINTA_TAK_KENAL_SIAPA ARIS_ARIWATAN_LAMUNAN_TERHENTI BROERY_MARANTIKA_PAMIT(SELAMAT_TINGGAL) D_Masiv_ft_Kevin_Aprilio_-_Rindu_Setengah_Mati Faizal_Tahir_-_Hanyut Hattan_-_Rindu_Bertandang_Lagi Irama_Melayu_-_Tajuk_Johor_Tanjung_Puteri_(Rosiah_Chik) Kartina_Dahari_-_Sayang_di_Sayang R_Ismail_&_Rafeah_Buang_-_Gurindam_Jiwa jamal_abdillah_-_sepi_seorang_perindu Saleem_(Iklim)_-_Bunga_Emas Ruth_Sahanaya_-_Kaulah_Segalanya Sandarkan_Pada_Kenangan_-_Jamal_Abdillah_&_Siti_Sarah Search_-_Kejoraku_Bersatu Siti_Nurhaliza_-_Nian_Di_Hati Zubir_Ali_-_Penantian Sharifah_Aini___Kenang_Daku_Dalam_Doamu_(HQ_Audio) Sharifah_Aini__Fatwa_Pujangga Slam_-_Jika_Kau_Rasa_Getarnya Misha_Omar_-_Cinta_Adam_dan_Hawa Sharifah_Aini_-_Jauh_Di_Mata (2)_Carefree_-__Belaian_Jiwa Aishah_-_Syurga_Di_Telapak_Kaki_Ibu Melayu_-_Noraniza_Idris_-_Zapin_Pusaka POP_Asli_-_Zapin_Yang_Tinggal saleem_iklim_-_Zapin_Terbilang
Mana-mana lagu  yang didengar   sesekali ini membuatkan hidup tidak lagi terasa sunyi lagi di perantauan ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s